Friday, May 31, 2019

Kereta bergaya tanpa perlu belanja tinggi.

Dalam dunia yang penuh dengan persaingan ini, kadang-kadang akan timbul rasa untuk BERGAYA. Terutama kepada kaum lelaki, memang tidak asing lagi dengan kereta, ada yang menyimpan cita-cita memiliki kereta sport sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi bila dah kerja macam-macam kena fikir, maka terkuburlah cita-cita tersebut.

Sebenarnya mudah sahaja kalau ingin mendapatkan kereta yang bergaya, kereta sport ini adalah perkara subjektif, tak perlu laju sangat pun, asal dapat membuatkan orang sekeliling tertarik dah cukup dah. Nasihat kepada peminat-peminat kereta yang baru mendapat pekerjaan yang ingin memiliki kereta pertama adalah, dapatkan kereta sport pertama anda.

Dapatkan kereta 2nd hand, bandingkan harga dan kondisi kereta, minta pendapat orang-orang lama, dan belilah kereta idaman anda. Alah, kereta 2nd hand selalu rosak, orang jual sebab susah nak jaga, part mahal, dan banyak lagi yang akan diperkatakan oleh orang sekeliling.

kereta secondhand selalu bermasalah/rosak.
cuba tengok bengkel-bengkel kereta, bermacam jenis kereta dibaiki di sana, baru, lama, sport, biasa terpulang dengan cara pemanduan dan penjagaan. terjaga kereta tu, maka kurang la masalah yang timbul.

kereta sport lama ni susah nak jaga. part mahal.
bersepah kedai potong di Malaysia ni, kalau masih tak jumpa part, order saja, bukan selalu pun tukar part ni, lebih-lebih lagi jika anda pandai jaga kereta. Order tu mahal? cuba tanya owner kereta tempatan berapa yang mereka belanja jika kenderaan mereka rosak? anda pasti terkejut.

Baiklah, dah tambah yakin kan. bagi mereka yang bujang kadang start kerja terus loan MPV, loan pacuan 4 roda, kau nak buat apa? persediaan untuk berkeluarga katanya. kalau kau memang minat pacuan 4 roda atau keluarga kau ada kebun atau ladang logik lah juga beli pacuan 4 roda, ada fungsi, kalau tak, tak payah lah. cuba bayangkan dalam masa lima tahun kereta baru yang kau beli untuk persediaan berkeluarga macam mana kondisinya?

Ini adalah senarai ringkas antara kereta-kereta yang boleh dikira sporty lah untuk panduan mereka-nereka yang mahu mengoptimumkan zaman bujang dan masa mudanya sebelum beralih kedunia berkeluarga.

1. HONDA PRELUDE 4TH GEN
keluaran tahun 1991-1996, enjin H22A(VTEC) 2.2. Dengan sekitar 170-220hp, cukup rasanya untuk menikmati kelajuan. Reka bentuk kereta pun menawan. Dengan harga secondhand bernilai RM20,000 hingga RM30,000 mengikut kondisi dan modifikasi.


2. HONDA CIVIC FD 8TH GEN
Keluaran tahun 2006-2011, enjin 1.8 dan 2.0, iVTEC, Terdapat varian TYPE R yang lebih sporty, tetapi harga bukan type r adalah jauh lebih murah, dengan kuasa sekitar 177-195hp tambah bodykit dah nampak mcm type r, cuma kurang kelajuan. okey lah juga. Harga sekitar RM30,000.


3. MITSUBISHI FTO
Keluaran tahun 1994-2000, dengan bernadikan enjin MIVEC V6 2.0 dan ada beberapa varian enjin lain. Dengan kuasa sekitar 168-200hp. Rekaan sporty, harga bermula dari RM20,000 sehingga RM35,000.


4. EVO jadi-jadian
Ni nak explain pun susah, beli saja kereta proton atau lancer yang dah convert ke EVO. Yang terbaru adalah EVO X, enjin tak kisah sangat yang penting GAYA, maintainance pun senang part pun senang, hati pun senang. Inspira convert boleh dapat sekitar RM33,000 hingga RM40,000, lancer bajet lebih up, tapi masih murah berbanding proton sedan yang termurah dan terbaru.


5. TOYOTA CELICA 5TH&7TH GEN
Kenapa tak pilih 6th gen, untuk pengetahuan anda 6th gen lebih mahal dari 7th gen.
5th gen boleh dapat sekitar RM18,000 hingga RM25,000, manakala 7th gen oleh dapat dalam RM30,000 hingga RM40,000. spec boleh google hehehe

5th gen


7th gen


gambar semua hasil dari google. selamat berlumba. senarai ini sepatutnya lebih panjang tapi sebab penat, boleh google mazda rx8, toyota altezza, toyota sera, nissan 350z, BMW 320i, honda sv4. atau cek harga terus di mudah.my

Thursday, May 30, 2019

MUFLIS, BANKRAP. Mari mengelak

MUFLIS, BANKRAP, semua orang pasti takut mendengar ayat tersebut kan, apa lagi menyandang gelaran itu. Kenapa boleh muflis?, kesalahan dalam pengurusan kewangan, pelaburan yang merugikan, hutang berlebihan perbelanjaan melebihi pendapatan dan lain-lain yang melibatankan bebanan hutang melebihi pendapatan.

Percaya atau tidak, seramai 64,632 rakyat Malaysia direkodkan muflis dalam lima tahun lalu, membabitkan usia semuda 18 hingga 44 tahun. Sebagai tambahan, seramai 13,338 individu berada di dalam belenggu itu pada September 2018.

Muflis seawal 18 tahun? kenapa semuda itu? menurut AKPK, Pada usia 18 hingga 30 tahun, kebanyakan mereka masih ‘lembut’ dan leka dengan aktiviti perbelanjaan. Contohnya, sebaik saja tamat pengajian dan mula bekerja, senario membeli kenderaan menjadi perkara biasa. Ketika itu, mereka tidak ada masalah untuk membuat pinjaman kerana tiada komitmen lain dan membuat keputusan membeli kereta yang diidamkan dengan kadar bayaran bulanan agak tinggi. Pada masa sama, perbelanjaan menggunakan kad kredit tanpa kawalan juga berlaku kerana mereka yang baru bekerja ini, mudah mendapatkan kad berkenaan kerana komitmen kredit setiap bulan masih berada di tahap mampu diselesaikan.

Jelas AKPK lagi, mereka yang berusia dalam kelompok 18 hingga 30 tahun juga mudah untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan perbelanjaan ke atas sesuatu aset tidak kekal seperti membayar hutang kad kredit, gaya hidup dan perbelanjaan perkahwinan. Dalam tempoh 10 tahun itu pelbagai komitmen kredit yang perlu ditanggung dan mungkin pada masa itu masih mampu dibayar kerana tidak mempunyai tanggungan lain seperti isteri atau anak,” katanya.

Apa itu AKPK?, AKPK adalah singkatan kepada Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit. AKPK adalah satu agensi yang ditubuhkan oleh BANK NEGARA untuk membantu generasi-generasi yang masih "lembut" dalam pengurusan kewangan. Semua perkhidmatan AKPK adalah percuma. perkhidmatan AKPK bermula daripada kaunseling dan panduan pengurusan kewangan bagi mereka yang berminat, sehingga ke penstrukturan semula pinjaman TANPA BUNGA, bagi mereka yang telah terlanjur dan berada di belenggu kemuflisan.

KELEBIHAN AKPK

1. Mengurangkan komitmen bulanan anda dengan program penstrukturan semula.

sebagai contoh, jika pinjaman anda yang bernilai RM56,000 adalah berbaki RM36,000 dengan bayaran bulanan RM600 selama 5 tahun, jika anda mengikuti program penstrukturan semula, bayaran bulanan tersebut akan dikurangkan RM400 dengan bayaran selama lebih kurang 7 tahun 5 bulan. di sini yang biasanya membuatkan "pakar ekonomi" hilang minat untuk menyertai AKPK, tempoh bayaran semula yang meningkat.

Sekarang sila rujuk mana-mana jadual pembayaran balik pinjaman peribadi daripada bank atau koperasi, dengan bayaran RM400 sebulan berapakah yang layak anda pinjam. Secara purata dalam RM35,000 dengan bayaran balik sebanyak RM400 selama 10 tahun, sila rujuk jadual pembayaran dibawah (diambil dari jadual pembayaran semula pinjaman bank rakyat). Bagi mereka yang telah gagal dalam pengurusan kewangan, berhenti jadi "pakar ekonomi", sangat jelas disini bayaran AKPK adalah tanpa bunga. dan lebih baik berbanding membuat penstrukturan semula di bank.


2. Membantu peserta program untuk membuat simpanan. Jika dikira secara kasar dari contoh pengiraan di atas, AKPK berjaya mengurangkan lebih kurang 33.3% komitmen bulanan anda, jika komitmen bulanan anda yang di strukturkan semula adalah berjumlah RM2500, kemungkinan besar anda akan mendapat pengurangan komitmen bulanan sebanyak RM832.50, Andai kata anda sebenarnya tidak perlu penambahan sebanyak itu, cuba fikir jangka masa panjang, buat simpanan lebihan RM832.50 tersebut, selama setahun simpanan anda akan berjumlah RM9,990, dalam 4 tahun RM39,960, banyak kan, menyimpan lebih baik dari meminjam.

3. Bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah yang sangat teruk, AKPK juga mempunyai program pembayaran balik yang di panggil "STEP UP" payment, ia adalah bertujuan membantu mereka yang berada dalam status keberhutangan berat dan keberhutangan serius, untuk teruskan hidup sementara menunggu kenaikan gaji tahunan. Step up payment adalah jadual pembayaran balik yang sangat rendah di peringkat awal menyertai program AKPK (1-4 tahun), kemudian bayaran semula akan dinaikkan mengikut kemampuan setiap 2 atau 4 tahun dan tempoh bayaran balik akan di panjangkan sehingga 10 tahun.

Tetapi jangan risau, jika anda kira  jumlah yang anda bayar kepada AKPK adalah sama dengan baki hutang anda dengan bank, bayaran balik step up payment ini juga adalah TANPA BUNGA. tetapi kaunselor AKPK sendiri tidak mengalakkan peserta mengambil cara pembayaran balik ini, kecuali mengalami masalah keberhutangan yang sangat berat.

4. Pembayaran balik PTPTN pun boleh distrukturkan semula, malahan cara pengiraan AKPK lebih menguntungkan, ramai yang tidak tahu berkenaan ini,

4. Tiada rekod berkenaan penyertaan anda kedalam program AKPK akan dihantar kepada majikan atau orang lain, selain kepada pihak bank dan koperasi yang terlibat dalam penstrukturan semula bayaran balik anda. Juga tiada apa-apa sekatan akan dikenakan kepada anda dari segi pergerakan dan perjalanan, perbankan dan pekerjaan. Ia tidak seperti muflis dan,

MUNGKIN ADALAH PENYELAMAT ANDA DARIPADA MUFLIS.

Terdapat banyak lagi program dalam AKPK ini selain pengurusan hutang, contohnya ceramah pengurusan kewangan berkesan, panduan pembelian rumah dan lain-lain yang tidak melibtakan masalah keberhutangan, tetapi kita fokus kepada bahagian penstrukturan semula sahaja disebabkan kita bercerita tentang MUFLIS dan BANKRAP.


Kesejahteraan kewangan anda adalah keutamaan kami

Hubungi kami di 03-2616 7766



KEBURUKAN AKPK

1. Peserta AKPK akan mempunyai rekod AKPK di dalam dunia perbankan, dan sering dimomokan tentang kesukaran membuat pinjaman pada masa hadapan, itu adalah silap. AKPK tidak menghalang peserta membuat pinjaman walaupun masih dalam program AKPK, semua terpulang kepada pihak pemberi pinjaman. sila buat carian di google, "pinjaman AKPK", terdapat banyak agensi yang memberikan pinjaman kepada peserta AKPK, dan setelah tamat program rekod anda seharusnya bersih, dan anda adalah pelanggan berpotensi tinggi, adakah anda rasa anda akan ditolak?

pihak bank akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pelanggan mereka menyertai AKPK, kerana INTEREST, BUNGA, KEUNTUNGAN. Maka, wujudlah cerita kesukaran membuat pinjaman pada masa hadapan, secara umum AKPK adalah sama dengan mana-mana agensi pengurusan kewangan swasta, kelebihannya adalah, ia adalah agensi BANK NEGARA, memberikan perkhidmatan PERCUMA, dan mempunyai KUASA untuk menstrukturkan semula pinjaman TANPA BUNGA.

2. Jika anda gagal membuat pembayaran balik kepada AKPK, selama dua bulan berturut-turut anda akan terkeluar daripada program AKPK,

Dalam pengurusan kewangan, disiplin adalah sangat penting, oleh itu pihak AKPK mengambil serius sikap ini, jika penyertaan anda dalam proram AKPK dibatalkan, anda akan disenarai hitamkan dari mengikuti semula program AKPK dalam masa terdekat.

Jika anda mempunyai masalah yang menyebabkan anda tidak mampu membuat pembayaran pada bulan-bulan tertentu, sila berhubung dan berbincang dengan pihak AKPK, mereka sangat terbuka dan akan membantu anda dalam mencari penyelesaian, Bagi mereka yang telah disenarai hitamkan, anda boleh mengemukakan rayuan untuk menyertai program AKPK semula.

______________________________________________________________________________


Program AKPK akan tamat setelah anda berjaya menyelesaikan kesemua hutang-hutang anda, atau anda telah mampu menguruskan kewangan anda dan ingin keluar daripada program secara sukarela. Hanya perlu beringat untuk tidak mengulangi kesilapan pengurusan kewangan yang sama.

Sebenarnya mendaftar dalam AKPK tidak bermaksud anda telah menyertai program, anda boleh saja mendaftar dan lihat cara pengiraan penstrukturan semula mereka, jika anda setuju dengan nilai bayaran balik AKPK, anda diminta menandatangani borang persetujuan, maka di situ lah titik permulaan anda dalam program AKPK. Jika anda tidak setuju, anda boleh nyatakan kenapa, dan jika terdapat cara lain untuk membantu anda, kaunselor AKPK akan cuba membuat kiraan yang terbaik. Jika anda tetap tidak setuju, anda tidak perlu menandatangan apa-apa borang dan tiada rekod AKPK pada rekod perbankan anda.

AKPK mengurangkan kebergantungan kita kepada pinjaman peribadi secara am nya, kerana terdapat segelintir yang mempunyai masalah gaji yang tidak mencukupi, akan membuat pinjaman peribadi bagi meneruskan hidup, "setiap pinjaman mempunyai bunga", pinjaman untuk menutup pinjaman bukan sekadar menutup pinjaman tetapi bunganya sekali, dan ia akan berterusan sehingga anda berada dihujung jalan yang buntu, buatlah pilihan yang baik sebelum terlambat.

Kesimpulannya, AKPK akan membantu kita lebih berdisiplin, mempunyai sifat menabung, mengurangkan tekanan kita dek kerana hutang yang menimbun, dan memberi ruang yang selesa untuk kita memikirkan masa hadapan. Jadikan kesilapan masa lalu kita sebagai pengajaran, gunakan pelajaran yang kita peroleh daripada program AKPK sebagai sandaran, pasti kita akan berjaya dalam pengurusan kewangan pada masa hadapan.

Wednesday, May 29, 2019

Pinjaman Peribadi, Jalan pintas ke jalan buntu.

Sebagai seorang yang berstatus pekerja, kita tidak akan lari dari istilah pinjaman, ada bermacam-macam jenis pinjaman yang akan ditawarkan kepada kita. malah sedari kita masih di peringkat pelajaran telah wujud istilah pinjaman pelajaran. ada pinjaman kenderaan, ada pinjaman rumah dan hartanah, ada pinjaman pelaburan dan pinjaman yang paling diminati ramai, Pinjaman Peribadi.

Pinjaman Peribadi, apa yang bagusnya pinjaman peribadi ni? pinjaman peribadi ni sangat mudah, yang penting peratusan gaji bersih masih tinggi atau melebihi peratusan minima, tahniah anda layak. anda perlu berapa ribu? 10 ribu? 50 ribu? 100 ribu? atau maksimum, jika layak 200 ribu? tandatangan perjanjian, settle malam ni boleh dapat duit kata pegawai perunding bank. Pihak bank tidak kisah apa yang anda buat dengan duit yang anda akan terima, yang penting bayaran bulanan lancar. HAHAHAHA, maka dipotong la gaji anda setiap bulan.

Pinjaman Peribadi, apa yang akan anda buat bila terima duit mencurah-curah kedalam akaun anda? benda pertama, perancangan, macam mana nak melabur, berniaga, nak cari sumber pendapatan lebih katanya.

Tapi sekejap, duit dalam akaun tu banyak woo, apa salahnya bagi sedikit reward kepada diri sendiri, habis segala gajet terkini dibeli, keluar dengan kawan-kawan, kawan puji sikit, siappp, sponsor dari makan sampai ke tengok wayang, bagi pemuda-pemuda yang agak nakal, time ni la nak show-off, bukan selalu, katanya.

Sebulan berlalu, rancangan perniagaan dah banyak, kawan-kawan pula bawa cadangan bermacam-macam, ada yang menarik, ada yang diikuti dengan "pinjam sikit duit kau, aku tengah kering dah", sudah menjadi lumrah orang kaya-kaya, tak boleh tengok kawan susah, tak apa kita pinjamkan lah, esok-esok dia pula tolong kita kan. HEHEHE.

Sedar tak sedar duit dah habis, bisnes tak jalan, hidup mula berjimat. apa yang tinggal hanya baki gaji, gajet berteknologi tinggi, kawan-kawan dah jarang dah keluar bersama, sibuk agaknya. tiba-tiba dapat sms, tawaran hebat sempena merdeka pinjaman peribadi kadar keuntungan rendah, untuk semak kelayakan sila jawap ya. hmm, alang-alang gaji dah tingal macam ni, baik aku buat loan lagi, boleh lah teruskan perancangan aku nak buat bisnes, sampai bila nak kerja makan gaji, kan?

Tahniah, anda layak buat pinjaman 100 ribu, wow, bayaran bulanan 1000 lebih saja, kalau bisnes aku jalan, setakat tu relaks je bayar. OK, PROCEED. HEHEHE, kejadian lama berulang, teman semakin ramai, gajet yang dulunya okey, dah rasa outdated.

Duit dah habis ni, hello cik saya nak buat pinjaman, ok, sila bagi salinan slip gaji, maaf peratusan gaji bersih anda dah capai tahap minima, anda tak layak, tapi kalau ada kenaikan gaji boleh berhubun semula dengan saya ya. maka mula la episod pinjaman setiap kali kenaikan gaji untuk kelangsungan hidup dek kerana gaji bersih berada pada tahap cukup-cukup makan. maka disini juga lah bermula episod perkenalan dengan abang LONG yang suka tolong,

Ini hanyalah cerita kesilapan dalam membuat pinjaman peribadi. belum masuk bab kawan-kawan ajak join MLM, hancur, musnah, joli tak, berbelanja tak, duit pinjaman lesap dalam peleburan yang bermodalkan gambar kereta dan percutian.

Kesimpulannya, Elakkan membuat pinjaman peribadi secara berlebihan, buat sekadar yang perlu, dan jika tiada keperluan tak perlu buat pun, kerana, ayat "alang-alang", gaya hidup mewah dan kawan-kawan akan sentiasa menghantui dan mempengaruhi keputusan anda dalam perancangan kewangan.


yang benar, Mr Green

ps/:aku menaip berdasarkan pengalaman, dulu aku dah fikir siap-siap sebelum buat pinjaman, dengan kata-kata hebat, "aku tak akan jadi seperti mereka yang gagal merancang kewangan". Dan setelah 6 tahun berlalu, di sini AKU, seperti MEREKA. Dulu, aku bangga senang buat pinjaman, slip gaji penjawat awam, macam EMAS woo di bank.